180- Bagaimanakah mungkin permintaanmu yg datang kemudian itu dapat menjadi sebab pemberian Allah yg telah diputuskan lebih dahulu.
Keputusan Allah dalam menentukan peraturan alam sudah ditentukan dalam azali sebelum adanya alam ini, kerana itu jangan menyangka bahawa Allah seolah-olah lupa terhadap hajat keperluanmu, sehingga sekiranya tidak engkau ingatkan mungkin tidak diberi, dan jikalau demikian anggapanmu terhadap Allah, bererti benar-benar engkau belum mengenal Allah dalam sifat kesempurnaanNya. Dia Maha Sempurna, Maha Mengetahui, Maha Mencukupi sekalian alam.

Apabila telah mendalami yakinmu kepada Allah, maka permintaanmu bukan lagi menjadi sebab pemberian Allah kepadamu, bahkan pemberian Allah sebelum wujudmu lagi.
_AL HIKAM
﷽۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ﷺ